BUENOS AIRES, 14 Dis (Bernama-dpa) – Rakyat Chile mengundi dalam pusingan kedua pilihan raya pada Ahad ini untuk memilih presiden negara itu, dengan calon pelampau sayap kanan José Antonio Kast, disebut-sebut akan menang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kast mendahului dengan margin besar dalam tinjauan pendapat berbanding Jeannette Jara, calon gabungan kiri pemerintah dan seorang ahli Parti Komunis.
Isu jenayah mendominasi kempen pilihan raya, walaupun Chile merupakan sebuah daripada negara paling selamat di Amerika Latin.
Migrasi juga meningkat mendadak dalam agenda politik, didorong kemasukan mereka yang melarikan diri daripada keganasan dan kemiskinan di Venezuela. Migran kini membentuk kira-kira 10 peratus populasi Chile.
Kast menjadikan pengukuhan sempadan Chile dan penghantaran pulang migran tanpa status undang-undang yang sah sebagai teras kempennya. Beliau juga mengumumkan rancangan membina penjara baharu.
Dalam pusingan pertama pada 16 November lepas, Jara, bekas Menteri Buruh berusia 51 tahun, muncul teratas dengan hampir 27 peratus undian. Kast, 59 tahun, menduduki tempat kedua dengan 24 peratus undian.
Kast, daripada Parti Republikan berjaya menggerakkan undian penyokong lawannya yang tewas daripada kem sayap kanan, menjadikannya calon paling digemari menjelang pusingan kedua Ahad ini.
Beliau dilahirkan dalam keluarga pendatang Jerman. Bapa Kast, ahli Parti Nazi dari Bavaria, berpindah ke Chile selepas Perang Dunia Kedua dan kemudian mengasaskan kilang daging dan sosej.
Kast, 59 tahun, merupakan penganut Katolik yang taat dan bapa kepada sembilan anak.
Penyandang Presiden Gabriel Boric yang berhaluan kiri dihalang daripada mencalonkan semula dirinya di bawah perlembagaan.
Pemenang pilihan raya ini akan mengangkat sumpah pada 11 Mac 2026.
-- BERNAMA-dpa
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah