Anwar berkata badan penguat kuasa perlu berani dan bersedia mengambil tindakan terhadap anggota mereka sendiri sekiranya berlaku salah laku, bagi memastikan integriti institusi terus terpelihara dan negara kekal selamat.
"Kalau kebetulan ada anggota kita yang tersalah langkah, kalau ringan memang tindakan disiplin biasa (tapi) kalau terlanjur besar, mesti ada kesediaan daripada badan-badan penguat kuasa untuk bertindak terhadap anggota kita sendiri, baru boleh selamat negara ini.
"Bayangkan pejabat saya sendiri, kalau ada saya beritahu Azam (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), saya tidak lindungi sesiapa (kena) terus ambil tindakan.
"Kalau di pejabat saya sendiri tidak terlepas daripada tindakan. Mengapa tidak boleh? Dari pejabat Ketua Setiausaha Negara umpamanya, malah pejabat Peguam Negara atau pejabat Tan Sri Azam, dia tidak terlepas,” katanya.
Anwar berkata sekiranya prinsip ketelusan dan integriti diamalkan dalam setiap institusi, ia menandakan kejayaan negara mencapai tahap tertinggi dalam usaha memelihara peringkat yang paling mulia dari sudut mempertahankan integriti dan kebersihan.
-- LAGI
ANWAR-INTEGRITI 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus mengamalkan sistem pentadbiran yang terbuka dengan mendengar keluhan, teguran dan nasihat daripada pelbagai pihak, namun dalam masa sama memastikan setiap tindakan penguatkuasaan mematuhi proses undang-undang sepenuhnya.
Anwar berkata kerajaan sedar bahawa usaha membanteras jenayah, rasuah dan penyeludupan bukan tugas mudah kerana pihak yang terlibat mempunyai sumber kewangan besar dan rangkaian pengaruh yang luas.
"Tidak mudah kerana orang yang kita asak dan serang itu, kadang-kadang mempunyai simpanan berbilion ringgit. Kalau kita dapat rampas, tiga bilion atau empat bilion (ringgit), saudara ingat dia tidak simpan bilion-bilion yang lain.
"Masih ada...dia gunakan untuk terus menyokong sama ada orang politik ataupun menerobos ke sistem kita, pejabat awam, kehakiman atau badan penguatkuasaan, malah di media sosial untuk menyerang kita," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
-- BERNAMA
TAG: Anwar Ibrahim, penguatkuasaan, integriti, tindakan, HARA 2025
TCT NHIZ SSA AHS
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah