KUANTAN, 5 Dis (Bernama) -- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia, awal pagi tadi.
Melalui hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini, baginda berdua menyampaikan harapan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir Allah SWT.
Baginda turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang dikasihi.
Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi tadi, dan pemergiannya disahkan oleh anaknya Naim Kurniawan Moktar.
Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Luyang sebelum solat jenazah diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas selepas solat Jumaat.
Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, baru sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 Nov lepas.
-- BERNAMA
TAG: Sultan Pahang, Tengku Ampuan, Bung Moktar, takziah, Sabah
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah