KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak mencatat sembilan kejayaan dalam Op Taring Alpha, Op Taring Bravo dan Op Taring Batas/Awas yang dilaksanakan dari 14 hingga 27 Okt, dengan jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM4.04 juta.
Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata antara kejayaan tersebut direkodkan di Sibu pada 14 Okt, apabila lima lelaki terdiri daripada tiga warga tempatan dan dua warga Indonesia ditahan bersama 24,552 liter minuman keras pelbagai jenis bernilai lebih RM1.17 juta.
Beliau berkata pada 16 Okt di Kuching, lima individu turut ditahan dengan rampasan 395,600 batang rokok kretek bernilai pasaran RM791,200.
“Sementara itu, dalam Op Taring Batas pada 21 Okt di Lundu, PGA menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang disyaki terlibat dalam penyeludupan 200 liter minyak diesel, dengan nilai rampasan keseluruhan RM130,660 termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Pada hari sama di Sibu, dua lelaki tempatan turut diberkas dengan rampasan rokok dan minuman keras pelbagai jenis bernilai RM31,884.40, manakala di Kota Samarahan, seorang wanita berumur 25 tahun ditahan bersama 107,000 batang rokok putih dan 2,055 liter minuman keras bernilai RM275,919.60,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- LAGI
PGA-OP TARING 2 (AKHIR) KUCHING
Lim berkata pada 21 Okt di Bintulu, seorang lelaki berumur 31 tahun ditahan bersama barangan seludup bernilai RM511,506, manakala dalam serbuan di Sri Aman pada 22 Okt, empat individu turut ditahan dengan rampasan rokok serta minuman keras bernilai RM97,574.87.
“Pada 23 Okt di Lundu, PGA turut menumpaskan kegiatan penyeludupan tong gas dengan rampasan 16 tong gas bernilai RM2,585.60, yang telah diserahkan kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak untuk tindakan lanjut.
“Pada hari sama, kejayaan terbesar direkodkan di Sibu apabila PGA menahan 14 individu termasuk dua warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan 38,800 liter minyak diesel. Rampasan dalam kes itu dianggarkan bernilai RM1.03 juta, melibatkan skid tank, tangki IBC, mesin serta sembilan kenderaan pelbagai jenis,” katanya.
-- BERNAMA
TAG: PGA, Sarawak, rampasan, SAC Lim BAk Phai
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah