JOHOR BAHRU, 16 Okt (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menahan dua lelaki warga Indonesia disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah berhampiran pesisir pantai Forest City, pada 14 Okt lepas.
Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata tangkapan itu dilakukan pada 4.30 pagi hasil risikan dan tindakan pantas pasukan Bot PERKASA 43.
Beliau berkata pasukan operasi yang dipecahkan kepada pasukan laut dan darat mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan perairan berkenaan sebelum bertindak melarikan diri.
“Hasil tindakan susulan, dua lelaki warga Indonesia berjaya ditahan di tepi pantai Forest City. Pemeriksaan lanjut menemukan dua bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 1,993 gram dengan anggaran nilai RM66,000, serta 499 bungkusan plastik berisi cecair disyaki dadah jenis ‘mushroom vape’ bernilai kira-kira RM99,000.
“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM165,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kama Azri berkata kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an ditahan untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.
“Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan operasi di kawasan sempadan perairan negara bagi membanteras sebarang bentuk aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim,” katanya.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah