Bahasa : BM | EN

Warna-warni Perarakan - 3

31/08/2025 09:04 AM

Kontinjen pembawa Jalur Gemilang gergasi berukuran 80 x 40 kaki terdiri daripada 120 Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional menyusul menyemarakkan semangat patriotisme, diikuti Pancaragam Victoria Institution dan pasukan pembawa bendera negeri dengan penonton turut berdiri mengibarkan bendera kecil masing-masing mangikut rentak muzik.

Terdengar sorakan keterujaan dari setiap sudut dataran apabila komponen perarakan rakyat mula melintasi pentas utama, didahului oleh kontinjen Kepengerusian ASEAN 2025 diselaraskan Kementerian Luar yang mengetengahkan kereta berhias melambangkan perpaduan serantau beserta armada kenderaan elektrik selaras dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Menyusul ialah kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan beca berhias ikon pelancongan negeri serta wilayah, melambangkan komitmen Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memperkasakan budaya, kesenian, warisan dan kelestarian Malaysia secara berterusan.

Sorakan penonton kian bergema apabila kontinjen Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 muncul dalam perarakan selepas menjelajah 88 hentian di seluruh negara dengan deruman motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan pacuan empat roda.

Perarakan diteruskan dengan kontinjen ekonomi dan swasta yang disambut tepukan gemuruh pengunjung termasuk apabila trak bergerak interaktif memaparkan mesej “Merdeka daripada scam” diselaraskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Dataran Putrajaya.

-- LAGI

 


SOFI NHIZ RMBA AYU

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami