Bahasa : BM | EN

NationGate Perjelas Siasatan SPRM Terhad Kepada Anak Syarikat Bukan Teras

17/07/2025 09:56 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- NationGate Holdings Bhd menjelaskan mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhad kepada anak syarikatnya iaitu NationGate Solution (M) Sdn Bhd.

Syarikat perkhidmatan pembuatan elektronik itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, satu perintah untuk memeriksa, menggeledah dan merampas di bawah Seksyen 31(1) Akta SPRM 2009 dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa itu kepada NationGate Solution.

“Setakat pengetahuan kami, serbuan tersebut tidak melibatkan mana-mana ahli lembaga pengarah atau pihak pengurusan kanan secara khusus.

“NationGate Solution bukan merupakan anak syarikat teras menurut definisi yang diberikan dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities,” katanya.

NationGate berkata buat masa ini, serbuan SPRM berkenaan tidak memberi kesan kewangan dan operasi yang ketara ke atas kumpulan.

Sebelum ini, dilaporkan SPRM membuat serbuan terhadap premis NationGate Solution sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan berhubung dakwaan penyeludupan besi buruk.

-- BERNAMA

 

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami