KUANTAN, 16 Julai (Bernama) -- Seorang kerani swasta mengalami kerugian sebanyak RM126,500 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai insurans, polis dan pendakwa raya, pada November tahun lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata lelaki berusia 56 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya wakil syarikat insurans dengan menyatakan terdapat tuntutan insurans palsu menggunakan nama mangsa.
“Panggilan tersebut kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis dan pendakwa raya, yang memaklumkan mangsa perlu membuat bayaran jaminan sebanyak RM68,000 untuk menyelesaikan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang panik kemudiannya membuat tiga transaksi berasingan ke dalam tiga akaun bank berbeza menggunakan mesin deposit tunai (CDM), membabitkan jumlah keseluruhan kerugian mencecah RM126,500.
“Mangsa hanya menyedari dirinya telah ditipu selepas gagal menghubungi semula pihak yang berkenaan, lalu membuat laporan polis pada 12.15 tengah hari, hari ini. Wang yang digunakan adalah daripada simpanan peribadi mangsa sendiri,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar supaya tidak panik sekiranya menerima panggilan daripada individu tidak dikenali dan digalakkan menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 99, sekerinya menjadi mangsa scam.
Dalam pada itu, Mohd Adli berkata pihaknya turut memperkenalkan platform digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) GPT SEDARScam bagi membantu pencegahan awal jenayah dalam komuniti.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah