SANDAKAN, 11 Julai (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) bersama penguat kuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menahan empat lelaki disyaki terlibat aktiviti penyelewengan minyak sawit dalam dua serbuan berasingan di Sandakan semalam.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata operasi bersepadu itu melibatkan serbuan di tepi jalan Sandakan-Kinabatangan pada 3.30 petang dan empat lelaki berumur antara 20 hingga 45 tahun ditahan.
"Kesemua mereka ditahan ketika sedang memindahkan minyak sawit mentah dari sebuah lori tangki ke tangki lain untuk tujuan diangkut ke lokasi berbeza.
"Serbuan kedua pula dilakukan di sebuah premis di Bandar Ramai-Ramai di sini dan menemui sebuah lori tangki bersama beberapa tangki simpanan yang mengandungi minyak sawit mentah dan minyak sawit di proses," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2.96 juta membabitkan kira-kira 75,000 liter minyak sawit mentah dan minyak sawit di proses, dan kes tersebut disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005.
-- LAGI
PPM-MINYAK SAWIT 2 (AKHIR) SANDAKAN
Sementara itu, Mohd Nazri berkata pihaknya merekodkan 11 kes melibatkan 23 tangkapan dengan nilai rampasan lebih RM12 juta berkaitan sindiket curi minyak sawit mentah pada tahun ini.
"Kita mengalu-alukan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras aktiviti haram penyeludupan yang merugikan negara dan rakyat," katanya.
Beliau berkata sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan minyak sawit boleh disalurkan ke Bilik Gerakan PPM Wilayah 4 Sabah dengan menghubungi talian 088-454819 atau di akaun Facebook rasmi PPM Wilayah 4 Sabah.
-- BERNAMA
TAG: PPM, MPOB, minyak sawit, Sandakan, Mohd Nazri Ibrahim
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah