Bahasa : BM | EN

Indonesia Tidak Bercita-cita Jadi Kuasa Ketenteraan Global, Kata Prabowo

11/06/2025 11:25 PM

JAKARTA, 11 Jun (Bernama) -- Presiden Prabowo Subianto menegaskan bahawa Indonesia tidak bercita-cita menjadi kuasa ketenteraan global, sebaliknya kekal komited terhadap dasar luar yang berkecuali  dan tidak berpihak.

“Kita ingin menjadi jiran yang baik kepada semua, sama ada jiran terdekat, jiran serantau, malah jiran yang jauh,” katanya ketika merasmikan “Indo Defence 2025 Expo & Forum” di JIExpo, Jakarta Pusat. 

Prabowo, yang berlatarbelakangkan tentera, menyeru semua pihak supaya memperkukuh kerjasama demi menjamin keamanan dan kemakmuran bersama dalam suasana ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di rantau Asia Pasifik.

Beliau mengaskan bahawa perang adalah pilihan terakhir bagi Indonesia.

“Kita hanya akan berperang jika benar-benar terpaksa.

“Namun jika terpaksa, seperti yang diajarkan oleh nenek moyang kita, lebih baik kita terkorban daripada dijajah kembali,” tegasnya.

Prabowo berkata bahawa kekuatan pertahanan amat penting untuk menjamin keselamatan, kerana sejarah telah membuktikan bahawa negara yang gagal melabur dalam sektor itu sering kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan, malah diperhamba.

“Indonesia adalah bangsa yang cinta damai. Tetapi kami lebih mencintai kemerdekaan,” katanya.

Pameran dan ekspo pertahanan dwitahunan kali ini bertemakan “Perkongsian Pertahanan untuk Keamanan dan Kestabilan Sejagat”  bertujuan bagi mengukuhkan kerjasama antarabangsa dalam sektor pertahanan.

-- BERNAMA

 

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 277920

Ikut Kami