KOTA BHARU, 19 Mei (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 17 pendatang tanpa izin warga Bangladesh dalam Op Serkap di sini semalam.
Pengarah JIM Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata operasi bermula 4 petang itu melibatkan 15 pegawai dan anggota bahagian penguatkuasaan imigresen negeri.
Beliau berkata pemeriksaan dilakukan di sekitar Pengkalan Chepa di sini melibatkan dua buah rumah di Taman Seri, sebuah rumah di Batu 6 Tok Kaya dan sebuah rumah kongsi di Mukim Pulau Gajah.
"Kesemua warga asing dari Bangladesh itu berusia antara 19 hingga 40 tahun dan telah dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata 14 daripada warga asing itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tiga lagi dipercayai sebagai ejen disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah