KOTA BHARU, 22 April (Bernama) -- Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) diingatkan agar tidak leka dalam misi memburu slot ke Liga Super musim depan meskipun mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Manjung City FC dalam aksi Liga A1 Semi Pro 2025/2026, Ahad lepas.
Presidennya Datuk Muhamad Zaki Harun berkata fokus kini perlu terarah kepada baki perlawanan yang semakin kritikal dengan setiap kutipan mata bakal menentukan kedudukan pasukan dalam saingan liga.
Beliau menegaskan pemain perlu mengekalkan prestasi konsisten bagi memastikan sasaran utama untuk layak ke Liga Super dapat direalisasikan.
“Baki perlawanan kini cukup penting dan pemain tidak boleh mengambil mudah. Momentum kemenangan perlu diteruskan untuk memastikan kedudukan pasukan terus kukuh.
“Kemenangan ini juga penting kerana berjaya membalas kekalahan di tempat lawan sebelum ini, selain meningkatkan keyakinan pasukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kejayaan menewaskan kelab dari Perak itu menyaksikan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim melonjak ke tangga keenam liga dengan 41 mata daripada 23 perlawanan.
KRW FC kini hanya ketinggalan dua mata di belakang UM-Damansara United FC di tangga keempat, selain memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Mengulas aksi seterusnya, Muhamad Zaki berkata pertemuan menentang Armed Forces FC di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu ini, menjadi medan penting untuk pasukan terus menghambat kelompok teratas.
Beliau mahu pemain menampilkan aksi terbaik dan memastikan tiga mata penuh diraih bagi menghidupkan peluang layak secara merit ke Liga Super.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah