IPOH, 9 Mac (Bernama) -- Polis menahan 22 individu termasuk seorang tekong dan dua pembantu tekong warga Indonesia dalam operasi membanteras penyeludupan migran di persisiran Pantai Bagan Sungai Tiang, Bagan Datuk semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata operasi itu, yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh, dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 10.50 pagi.
“Bot dipercayai membawa kesemua migran pulang ke Tanjung Balai, Indonesia... polis turut merampas bot kayu tidak bernombor bersama peralatan memasak dan alat navigasi serta telefon bimbit.
“Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa balik ke Markas Operasi PPM Kampung Acheh untuk tindakan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Noor Hisam juga berkata tekong dan dua pembantunya direman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 19 migran terbabit direman 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah