KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan pelbagai akaun video palsu di platform media sosial TikTok menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meniru suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Royal Press Office memaklumkan kandungan akaun itu memaparkan suara Seri Paduka Baginda yang kononnya berkaitan bantuan kewangan kepada orang ramai sempena Ramadan.
“Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun palsu ini yang sering digunakan oleh scammers untuk tujuan penipuan di platform media sosial.
“Royal Press Office ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti satu kesalahan di sisi undang-undang,” menurut hantaran itu.
Semakan di TikTok mendapati terdapat dua video dimuat naik menerusi akaun yang menggunakan imej dan suara seakan-akan milik Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah