KUALA BERANG, 4 Jan (Bernama) -- Reman terhadap peguam lelaki yang dipercayai bersubahat dengan seorang banduan dalam kes penyeludupan dadah di Penjara Marang disambung empat hari lagi.
Perintah sambung reman yang bermula hari ini hingga Rabu depan itu dikeluarkan Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, suspek berusia 32 tahun itu tiba di mahkamah pada 9.45 pagi diiringi polis.
Suspek ditahan di Jalan Hiliran di Pulau Kambing, dekat Kuala Terengganu, kira-kira 10.45 pagi, 29 Dis lepas.
Suspek yang juga peguam kepada banduan terbabit dipercayai bersubahat menyeludup dadah jenis pil kuda, ganja dan Erimin 5 bernilai RM16,000 ke Penjara Marang selepas selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pada 23 Dis lepas.
Susulan itu, polis turut mengesan seorang suri rumah Nurul Norasikin Aladin, 30, berasal dari Kampung Batin, Seberang Takir dekat Kuala Nerus untuk membantu siasatan kes berkenaan.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah