Bahasa : BM | EN

AS Naikkan Insentif Penghantaran Pulang Sukarela Kepada US$3,000

23/12/2025 01:16 PM

ISTANBUL, 23 Dis (Bernama-Anadolu) -- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS) pada Isnin memaklumkan pihaknya menawarkan insentif sementara yang lebih tinggi bagi menggalakkan penghantaran pulang secara sukarela sebelum akhir tahun, dengan menaikkan elaun daripada US$1,000 kepada US$3,000.

Menurut DHS, migran tanpa dokumen yang mendaftar untuk dihantar pulang melalui aplikasi mudah alih CBP Home turut diberi tiket penerbangan ke negara asal masing-masing, lapor Anadolu Ajansi.

Pendaftaran melalui aplikasi itu juga “melayakkan penerima mendapat pengampunan terhadap sebarang denda atau penalti sivil kerana gagal meninggalkan negara ini.”

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem berkata peningkatan “bonus keluar” itu hanya sah sehingga akhir tahun ini.

Beliau berkata seramai 1.9 juta orang telah dihantar pulang secara sukarela sejak Januari lalu, dengan “puluhan ribu” daripadanya menggunakan program CBP Home.

Noem menggesa individu terlibat supaya “mengambil kesempatan atas tawaran ini kerana jika tidak, kami akan menjejaki mereka, menahan mereka dan mereka tidak akan dibenarkan kembali.”

-- BERNAMA-ANADOLU

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami