Loke berkata minit mesyuarat mengesahkan bahawa satu-satunya keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam mesyuarat itu ialah pengurangan tempoh hukuman penjara dan denda terhadap Najib.
"Tiada sebarang perbincangan mengenai tahanan rumah, dan tiada nasihat yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan berhubung perkara itu.
"Justeru itu, titah adendum berkenaan tidak dibuat selaras dengan Perkara 42 dan bukan merupakan satu pelaksanaan hak prerogatif pengampunan yang sah,” katanya sambil menambah bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan secara bebas tanpa Lembaga Pengampunan.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong merupakan Raja Berperlembagaan dan baginda menjalankan kuasa serta fungsinya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
"Pelaksanaan kuasa prerogatif pengampunan tidak terkecuali daripada prinsip ini. Ia mesti dilaksanakan dalam kerangka perundangan yang menyediakan perlindungan dan had-had tertentu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya.
-- LAGI
MAHKAMAH-NAJIB 4 KUALA LUMPUR
Loke turut menolak hujah bahawa titah berkenaan adalah satu bentuk respit yang boleh dikeluarkan secara bebas oleh Lembaga Pengampunan.
Beliau berkata terma-terma titah berkenaan tidak menunjukkan sebarang unsur kecemasan, dan Perkara 42 tidak mengecualikan mana-mana keputusan pengampunan daripada keperluan untuk dibincangkan oleh Lembaga Pengampunan.
Hakim itu juga berkata perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan di bawah undang-undang Malaysia memandangkan undang-undang yang memperuntukkan pembebasan secara bersyarat memberikan kuasa budi bicara sepenuhnya kepada Komisioner Jeneral Penjara.
"Justeru, jelas bahawa titah adendum itu bercanggah dengan peruntukan berkaitan pembebasan secara bersyarat. Pada pandangan saya, pembebasan secara bersyarat adalah kuasa statutori yang hanya diberikan kepada Komisioner Jeneral Penjara," katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Nurhafizza Azizan mewakili responden manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
-- LAGI
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah