KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 Sept lalu hingga kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi minyak secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati warganegara Malaysia, sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta aktiviti penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara.
“Setiap hasil penjimatan itu dipulangkan semula kepada penduduk melalui STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), selain digunakan bagi menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan sejak lebih 20 tahun oleh kerajaan terdahulu, namun tiada yang mempunyai keberanian serta tekad politik untuk melaksanakannya sehingga Kerajaan MADANI mengambil langkah berani melaksanakan BUDI95.
Di bawah program BUDI95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah