Mengulas isu kos sara hidup, Perdana Menteri berkata kerajaan mendengar dan mengambil maklum teguran rakyat terhadap pelbagai dasar, serta mengambil langkah dengan membuat dua pengumuman penting.
Antaranya langkah penyasaran subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), yang menurut beliau membuktikan kerajaan memilih pendekatan berhemat tanpa membebankan rakyat, berbanding cadangan Bank Dunia supaya harga bahan api diapungkan mengikut harga pasaran.
“Penurunan ini sangat bermakna kerana ia juga melibatkan tekad politik dan kemampuan ekonomi kita,” katanya.
Selain subsidi bersasar, Anwar berkata kerajaan memperluaskan program Jualan RAHMAH sebagai langkah segera membantu rakyat yang masih terkesan dengan inflasi meskipun kadar inflasi Malaysia kekal antara yang terendah di dunia.
“Inflasi sedikit pun memberi kesan besar kepada golongan berpendapatan rendah…sebab itu kos sara hidup antara isu yang kita tangani secara serius,” katanya.
--LAGI
ANWAR-DEMOKRASI 4 (AKHIR) PUTRAJAYA
Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus memperbaiki penyampaian maklumat dan menjelaskan manfaat program kepada rakyat supaya keresahan serta keluhan diberi perhatian sewajarnya.
Beliau berkata kerajaan juga mengambil tindakan tegas memerangi kartel, termasuk kartel ayam dan telur yang wujud puluhan tahun, di samping memperkukuh penguatkuasaan bagi menyekat penyeludupan dan ketirisan yang dianggarkan mencecah RM15.5 bilion.
Namun, menurut Anwar usaha besar itu tidak menjadi naratif umum atau perbahasan serius di Parlimen.
“Patut berilah penghargaan kepada penguatkuasaan…orang kerja, ambil risiko, kerja berat, menyelamatkan RM15.5 bilion wang negara. Tetapi ia tidak jadi naratif, yang ada mungkin hal-hal kecil dibebel sepanjang masa,” katanya.
-- BERNAMA
TAG: Anwar Ibrahim, demokrasi, perlembagaan, ketirisan, rasuah, Rancakkan MADANI
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah