KOTA BHARU, 30 Nov (Bernama) -- Tindakan pantas pasukan peronda polis menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk membawa masuk lima migran Myanmar tanpa dokumen sah di kawasan Puspen Jeli semalam.
Insiden pada 1.30 tengah hari itu menyaksikan pemandu Perodua Bezza biru bernombor pendaftaran KEF2304 bertindak melarikan diri selepas diarahkan berhenti sebelum kenderaan tersebut terbabas di tepi jalan dan suspek berjaya diberkas.
Ketua Polis Daerah Jeli Superintenden Kamarulzaman Harun berkata pemeriksaan mendapati kesemua lima penumpang iaitu lelaki warga Myanmar tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan dipercayai dibawa masuk untuk bekerja di kawasan Gerik dengan bayaran RM200 bagi setiap migran.
Beliau berkata semakan mendapati pemandu terbabit memiliki empat rekod kesalahan berkaitan dadah manakala ujian air kencing mendapati hanya lelaki tempatan itu positif metamfetamina.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
"Permohonan reman ke atas semua tangkapan dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen 1959/63," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah