Bahasa : BM | EN

Duta Baharu Indonesia Tekankan Sokongan Kepada Pekerja Migran Di Malaysia

19/11/2025 02:28 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 19 Nov (Bernama) -- Duta Besar Indonesia ke Malaysia yang baharu, R.M. Iman Hascarya Kusumo berkata melindungi pekerja migran dari negaranya akan menjadi antara keutamaan utamanya apabila  beliau memulakan tugas.

Dilantik oleh Presiden Prabowo Subianto pada 8 Okt, beliau berkata mekanisme sedia ada akan dipertingkatkan, khususnya koordinasi antara agensi kedua-dua negara bagi melindungi kebajikan pekerja, termasuk sebelum mereka berlepas ke Malaysia.

“Rangka kerja itu sudah ada, tetapi ia boleh diperkukuh,” katanya seperti dipetik Radio Republik Indonesia.

Iman merancang untuk bekerjasama dengan agensi di kedua-dua negara bagi mengukuhkan perlindungan kesihatan, termasuk sokongan pemeriksaan perubatan pra-pelepasan.

Iman, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Bendahari Pasukan Kempen Nasional Prabowo-Gibran semasa Pilihan Raya Presiden 2024.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami