Bahasa : BM | EN

MCMC Padam 31 Akaun Palsu Salah Guna Nama NSRC

04/09/2025 07:40 PM

PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti dan memadam 31 akaun palsu di Facebook yang menyalahgunakan nama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

MCMC dalam kenyataan hari ini menegaskan tindakan penyalahgunaan itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai, malah menggugat usaha serta fokus NSRC dalam melindungi masyarakat daripada jenayah penipuan dalam talian.

Menurut MCMC, maklumat rasmi mengenai NSRC hanya boleh diperoleh melalui saluran sah agensi penguat kuasa. Orang ramai juga digesa supaya berwaspada dan melaporkan sebarang akaun atau mesej meragukan kepada pihak berkuasa.

“MCMC akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), NSRC dan penyedia platform media sosial bagi mengekang penyebaran akaun serta maklumat palsu demi keselamatan pengguna Internet di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

NSRC ditubuhkan pada 14 Okt 2022 sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian merangkumi pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.

-- BERNAMA

 

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami