Teo berkata perkara itu menunjukkan bahawa Meta menerima bayaran daripada scammer atau penipu untuk menerbitkan iklan terbabit dan walaupun telah dimaklumkan mengenai aktiviti penipuan, platform berkenaan masih membenarkan iklan baharu dimuat naik.
“Walaupun MCMC telah beri notis ini adalah aktiviti scammer tetapi mereka terus membantu scammer naikkan iklan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai kesediaan kerajaan meminda undang-undang sedia ada bagi mewajibkan pengendali media sosial yang membenarkan iklan penipuan diterbitkan di platform mereka untuk bertanggungjawab terhadap kerugian dialami mangsa.
Selain itu, Teo berkata MCMC sedang merangka kod keselamatan dalam talian sebagai panduan kepada pengendali platform serta pihak berkaitan dalam penerbitan iklan menerusi media sosial, selaras dengan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang diwartakan pada 22 Mei lepas.
“Kami akan merujuk dengan negara lain seperti Singapura, iaitu mereka mewajibkan perlu membuat pengesahan identiti pengiklan untuk buat iklan di platform media sosial.
-- LAGI
PARLIMEN-IKLAN 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
“Ini antara perundangan yang kita akan buat rujukan dan sekiranya memang berkesan maka ia akan dimasukkan dalam kod yang sedang dibangunkan MCMC,” katanya.
Mengulas mengenai penyalahgunaan platform digital bagi tujuan penipuan dalam talian, beliau berkata MCMC telah menurunkan sebanyak 46,817 kandungan penipuan setakat 15 Julai lepas.
“Pada 2022, penyedia perkhidmatan media sosial atas permohonan MCMC telah mengambil tindakan penurunan terhadap 242 kandungan penipuan. Jumlah ini meningkat kepada 6,297 pada 2023 dan 63,652 pada 2024.
“Tindakan ini dibuat berdasarkan aduan diterima serta garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh setiap platform, selaras dengan undang-undang tempatan,” katanya.
Teo berkata MCMC melaksanakan pelbagai usaha termasuk menjalinkan kerjasama teknikal dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi tujuan penurunan kandungan berunsur penipuan, penipuan pelaburan, perjudian dalam talian dan penjualan produk tidak berdaftar.
-- BERNAMA
TAG: Dewan Rakyat, Teo Nie Ching, iklan penipuan, profil tinggi, MCMC
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah