Kanak-kanak lima tahun antara yang ditahan dalam Op Benteng

02/03/2021 06:48 PM

KUCHING, 2 Mac -- Seorang kanak-kanak berusia lima tahun merupakan antara 12 individu yang ditahan dalam satu serbuan di bawah Op Benteng  di sebuah rumah kongsi yang disyaki dijadikan sebagai rumah transit bagi pendatang tanpa izin di Tebedu, Serian, kira-kira 100km dari sini hari ini.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, SAC Mancha Ata berkata  bertindak  di atas maklumat risikan, sepasukan polis daripada Cawangan Risik Batalion ke 11 PGA bersama Pasukan Petugas Op Benteng Batalion 12 PGA, Miri telah membuat serbuan  ke atas rumah  itu pada pukul 4.30 pagi tadi.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati seramai sembilan orang lelaki, dua orang perempuan termasuk seorang kanak-kanak lelaki warganegara Indonesia yang berumur lingkungan antara lima hingga 48 tahun berada di dalam rumah tersebut. 

Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki Malaysia.Tindakan pengusiran dilakukan ke atas kesemua individu tersebut untuk berpatah balik ke negara asal mereka Indonesia melalui Pintu Utama Sempadan Malaysia-Indonesia ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan)  Tebedu, Serian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mancha berkata pengusiran dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Sek 6 (1) Akta Imigresen 1959 (Akta 155).

-- BERNAMA

 

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 105179

Kategori

Mengenai MAPO
Direktori
Berita
Gambar
Infografik

Ikut Kami