Imigresen tahan 75 pendatang tanpa izin di Tawau

01/03/2021 06:56 PM

TAWAU, 1 Mac -- Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menahan 75 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tiga kawasan setinggan di sini, Sabtu lepas.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata dalam operasi 11.30 malam itu, seramai 250 warga asing diperiksa di Kampung Sungai Buaya, Kampung Pasir Putih dan Rumah Kongsi Bayan Batu 8, Jalan Apas dekat sini.

"Dalam Operasi Bersepadu itu, 57 warga Filipina ditahan bersama 18 warga Indonesia kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua pendatang kini ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Depot Tahanan Imigresen Tawau untuk siasatan lanjut.

Muhamad Sade juga berkata operasi itu dilaksanakan bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap penempatan pendatang tanpa izin selain mengesan individu yang menjadi dalang di sebalik kehadiran dan pembukaan kawasan berkenaan. 

Katanya operasi itu dilaksanakan dengan kekuatan 117 pegawai dan anggota Imigresen serta agensi penguatkuasaan lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

-- BERNAMA

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 105179

Kategori

Mengenai MAPO
Direktori
Berita
Gambar
Infografik

Ikut Kami