Polis tahan lelaki bersama 18 wanita warga Thai di sebuah hotel di Kota Bharu

09/02/2021 04:42 PM

KOTA BHARU, 9 Feb -- Polis menahan seorang lelaki tempatan dan 18 wanita warga Thailand dalam Op Pintas/Benteng berdekatan sebuah hotel di Jalan Doktor di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata dalam serbuan pada 9 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota D9, seorang lelaki berusia 25 tahun yang memandu sebuah kenderaan berjaya ditahan di Jalan Doktor.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan tiga wanita warga Thailand yang kemudiannya membawa polis ke sebuah hotel berdekatan.

“Setelah pemeriksaan dibuat mendapati 15 lagi wanita warga Thailand berada dalam bilik hotel yang berasingan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kesemua wanita warga Thailand yang ditahan berumur antara 22 hingga 37 tahun dipercayai akan dibawa keluar dari Kelantan untuk mencari pekerjaan di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung.

Menurut Wan Khairuddin, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan Seksyen 15 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 105179

Kategori

Mengenai MAPO
Direktori
Berita
Gambar
Infografik

Ikut Kami