COVID-19: Polis Sarawak kukuhkan lagi Ops Benteng susulan peningkatan kes COVID-19

14/01/2021 09:57 PM

KUCHING, 14 Jan  -- Ops Benteng akan diperkukuhkan lagi di Sarawak susulan peningkatan kes positif COVID-19 di negeri ini sejak beberapa hari lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Katanya, pemerkasaan itu melibatkan penugasan di sempadan negeri bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin dan mencegah aktiviti haram seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Selain itu, sekatan jalan raya juga akan diadakan di tempat-tempat strategik. 

“Tindakan secara agresif serta berterusan akan diambil terhadap pendatang tanpa izin atau ejen di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ops Benteng bertujuan untuk mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan wabak COVID-19.

  Hari ini, Sarawak terus mencatat angka tiga digit bagi kes baharu positif COVID-19 untuk empat hari  berturut-turut apabila 180 kes dilapor hari ini, iaitu jumlah tertinggi kes harian yang pernah direkodkan setakat ini.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 1,920 kes.

Selain itu, Aidi berkata tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 juga akan diambil kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti pemerdangan orang dan penyeludupan migran.

-- BERNAMA

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 105179

Kategori

Mengenai MAPO
Direktori
Berita
Gambar
Infografik

Ikut Kami