Motosikal 'Scramblers', ATV, dron dicadangkan untuk kawal sempadan Sarawak

13/01/2021 07:43 PM

KUCHING, 13 Jan -- Motosikal ‘Scrambler’ atau ‘off-road’, kenderaan serba rupa bumi (ATV), dron berkeupayaan tinggi adalah antara peralatan yang dicadang untuk diperoleh Jawatankuasa Keselamatan Sempadan Sarawak (JKSS), bagi rondaan di kawasan sempadan negeri.

Timbalan Ketua Menteri II Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing yang juga Pengerusi JKSS berkata, yang mereka akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam mendapatkan dana untuk peralatan yang diperlukan, kepada agensi pelaksana bagi memantau sempadan dengan lebih agresif.

“Adalah penting untuk Sarawak meningkatkan kawalan sempadan dalam usaha mengurangkan kemungkinan penularan virus (COVID-19) dan juga menangani masalah penyeludupan di sempadan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada akhir mesyuarat JKSS hari ini.

Masing berkata, rangkaian telekomunikasi yang bagus antara pos sempadan dan pusat kawalan agensi pelaksana juga perlu disediakan, bagi menyalurkan maklumat mengenai aktiviti yang tidak diingini di sempadan.

“Di pos kawalan sempadan seperti di Tapak Megah dan Pandora (kedua-duanya berhampiran sempadan Malaysia-Indoensia di Bahagian Kapit), apa yang merisaukan ialah penyeludupan barangan atau dadah dan saya cadangkan supaya disediakan kemudahan jalur lebar ‘ConnectMe’ di pos berkenaan,” katanya.

Masing berkata, pada ketika situasi pandemik COVID-19 pada masa ini, isu imigran tanpa izin memasuki Sarawak adalah suatu yang amat membimbangkan, kerana laporan diterima daripada agensi berkaitan mendedahkan yang 70 peratus kes virus itu adalah diimport.

Selain meningkatkan keselamatan di sempadan beliau berkata, usaha juga perlu bagi memburu mereka yang menjadi dalang kepada kemasukan imigran tanpa izin tersebut ke negeri ini.

“Kita perlu mencari dalang utama dan tekong, dalam usaha menghentikan kemasukan imigran tanpa izin (ke Sarawak),” katanya.

-- BERNAMA

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 105179

Kategori

Mengenai MAPO
Direktori
Berita
Gambar
Infografik

Ikut Kami