PGA Sarawak berkas dalang sindiket pemerdagangan manusia

12/01/2021 12:36 AM

KUCHING, 11 Jan  -- Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki dalang utama dalam satu sindiket pemerdagangan manusia yang aktif menyeludup pendatang asing masuk ke Sarawak, di sini semalam.

Komander Briged PGA Sarawak, SAC Mancha Ata berkata lelaki itu diberkas dalam Ops Benteng kira-kira pukul 1.00 tengah hari oleh satu pasukan petugas dari Ibu Pejabat PGA Sarawak, di perkarangan sebuah hotel di kawasan Batu Tiga di sini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata empat rakyat tempatan dan 17 pendatang tanpa izin, termasuk seorang kanak-kanak lelaki turut ditahan dalam Ops berkenaan.

Menurutnya terdahulu pasukan petugas menerima maklumat berhubung pergerakan tiga kenderaan dari Biawak berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia di daerah Lundu ke arah bandar raya ini, dan hotel berkenaan dipercayai digunakan sebagai transit untuk menghantar pendatang asing yang masuk ke dalam negara secara haram ke bandar Sibu, Tatau dan Bintulu di utara negeri.

“Sindiket ini melibatkan satu kumpulan tempatan dikenal pasti sebagai Geng Adi Tailo yang mempunyai rangkaian dengan kumpulan Feri Yeni di (Kalimantan) Indonesia yang aktif menjalankan kegiatan menyeludup pendatang asing masuk ke Sarawak,” katanya.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan dekat sini untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 105179

Kategori

Mengenai MAPO
Direktori
Berita
Gambar
Infografik

Ikut Kami