Op Benteng: Tiga kanak-kanak pendatang tanpa izin Indonesia antara ditahan

05/01/2021 01:07 PM

KUALA LUMPUR, 5 Jan  -- Tiga kanak-kanak merupakan antara 31 pendatang tanpa izin ditahan menerusi beberapa serbuan di bawah Op Benteng di daerah Kota Tinggi serta daerah Pengerang, Johor awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam kenyataan memaklumkan mereka yang ditangkap itu berumur empat hingga 47 tahun dan ditahan di pesisir Pantai Sungai Rengit, Kampung Punggai dan Kampung Kuala Sungai Punggai hasil risikan dilakukan.

“Kesemua serbuan dilakukan pada 12.25 pagi, 1.45 pagi dan 8.55 pagi masing-masing di tiga lokasi dipercayai tempat mereka berkumpul dan menyembunyikan diri.

“Tangkapan berkenaan melibatkan 21 lelaki, tujuh perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan warga Indonesia yang cuba keluar dari negara ini untuk pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak sah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu pihaknya turut merampas wang tunai mata wang tempatan berjumlah RM48,297 bersama telefon bimbit dan tiga utas jam tangan.

Kesemua mereka dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sementara laporan polis dibuat di Balai Polis Bayu Damai, Kota Tinggi, Johor.

-- BERNAMA

 

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 105179

Kategori

Mengenai MAPO
Direktori
Berita
Gambar
Infografik

Ikut Kami