Keberkesanan kerjasama bersepadu Ops Benteng harus diteruskan - Zamrose

30/12/2020 11:51 PM

KOTA TINGGI, 30 Dis  -- Keberkesanan kerjasama bersepadu agensi-agensi penguatkuasaan dalam Ops Benteng harus diteruskan, dan bukan hanya dilaksanakan untuk mengekang penularan COVID-19 menerusi kemasukan pendatang asing tanpa izin sahaja.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata Ops Benteng yang dilancarkan pada Mei lepas dirancang hanya untuk tempoh masa dua tahun sahaja, yang menyaksikan kerjasama antara Angkatan Tentera Darat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penguatkuasaan yang lain khusus untuk mengekang kemasukan warga asing itu.

“Op Benteng yang pada awal hanya untuk mengekang COVID-19...(dilihat) ada kebaikan kepada semua agensi dan negara, ia wajar dikekalkan tetapi dalam bentuk struktur yang berbeza dengan masih mengekalkan cara konsep bersepadu kerana boleh terus membawa kejayaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Taktikal Tanjung Sepang, Bandar Penawar, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah Panglima 4 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Ya'cob Samiran dan Panglima 3  Divisyen Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim. 

Dalam lawatan itu beliau turut diberi taklimat operasi Ops Benteng yang membabitkan kawasan Pantai Timur Johor dan menyaksikan demontrasi operasi pencegahan kemasukan migran asing dari perairan negara.

Zamrose berkata operasi yang  dijalankan di Pantai Timur Johor merupakan kawasan operasi  yang berjaya dan cemerlang disebabkan kerjasama bersepadu agensi-agensi yang terlibat. 

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 105179

Kategori

Mengenai MAPO
Direktori
Berita
Gambar
Infografik

Ikut Kami