PGA tahan tujuh pendatang tanpa izin termasuk tiga wanita

26/12/2020 03:27 PM

SHAH ALAM, 26 Dis -- Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menahan tujuh pendatang tanpa izin termasuk tiga wanita warga Myanmar di Jalan Masjid, Kampung Sungai Serdang, Kapar sekitar 10.30 pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Rizal Mohamed berkata empat lelaki warga Indonesia berumur 25 hingga 63 tahun manakala tiga wanita tersebut berumur 15 hingga 22 tahun ditahan hasil daripada maklumat yang diterima pihaknya.

"Kesemua mereka yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah. Tiga wanita berkenaan juga mengaku baru sahaja tiba dari negara jiran dengan menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Sungai Serdang, di sini.

“Empat lelaki terbabit dipercayai cuba untuk keluar melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Rizal berkata kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Kapar, Klang Utara untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan akan menjalani ujian saringan COVID-19. 

Beliau juga menyeru orang ramai agar sentiasa memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada pihak berkuasa.

-- BERNAMA

 

 

 


 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 105179

Kategori

Mengenai MAPO
Direktori
Berita
Gambar
Infografik

Ikut Kami