Tuesday November 25, 2014  |  Versi Bahasa Melayu
 
 
 
 
 
 

Sarawak Setuju Jabatan Imigresen Laksana Program Pemutihan Sehingga 31 Mac Ini


KUCHING, 3 Feb (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju supaya Jabatan Imigresen Malaysia melaksanakan program pemutihan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sehingga 31 Mac ini, kata pengarahnya Datuk Robert Lian.

Beliau berkata fasa pemutihan itu bertujuan untuk menentukan tindakan seterusnya yang perlu dilaksanakan oleh setiap PATI dan majikan, yakni sama ada untuk dibenarkan terus berada atau bekerja atau meninggalkan negara ini.

"Dalam fasa pemutihan ini, kerajaan negeri Sarawak telah bersetuju supaya majikan yang ingin menggaji PATI yang berdaftar dalam Program 6P di Sarawak dibenarkan mengemukakan permohonan untuk bekerja di Sarawak," katanya dalam e-mel kepada Bernama Jumaat.

Katanya permohonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak untuk mendapatkan Lesen Penggajian Buruh (LRL) yang akan menentukan sama ada PATI tersebut dibenarkan bekerja atau sebaliknya.

Menurutnya setelah majikan mendapat kelulusan LRL, mereka hendaklah segera mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) daripada Jabatan Imigresen Sarawak dan boleh mengemukakannya di semua pejabat bahagian di Sarawak.

Bagi PATI kategori kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun, beliau berkata daripada warga Indonesia dan mengiringi ibu/bapa yang mempunyai PLKS yang sah atau ibu-bapanya (PATI berdaftar 6P) itu akan dipertimbangkan dengan LRL untuk bekerja di Sarawak.

Katanya kerajaan telah bersetuju supaya mereka ini dipertimbangkan dengan Pas Lawatan Sosial, tertakluk kepada tempoh sah laku PLKS ibu-bapanya nanti.

Robert berkata untuk PATI yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun mereka hendaklah pulang secara sukarela ke negara asal dengan segera dan teratur termasuk perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah.

"Tarikh akhir untuk pelepasan keluar meninggalkan negara ini adalah juga pada 31 Mac 2012 dan sebagai memudahkan pergerakan keluar dan melicinkan pemeriksaan di pintu-pintu keluar semasa pemeriksaan Imigresen, mereka adalah dinasihatkan untuk mendapatkan Memo Periksa Keluar (MPK) daripada pejabat-pejabat Imigresen Bahagian yang terdekat sebelum berlepas pulang ke negara asal masing-masing," katanya.

Katanya jabatanya telah mendaftar seramai 22,220 orang PATI dalam fasa pendaftaran yang dilaksanakan pada 1 Nov hingga 31 Dis tahun lalu.

Beliau berkata setakat ini, seramai 21,777 orang PATI berdaftar masih berada di Sarawak dan 443 orang PATI telah pulang secara sukarela ke negara asal masing-masing dan tiada tindakan penguatkuasaan diambil ke atas mereka.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 18,361 adalah berdaftar dan mempunyai majikan dan majikan yang terlibat adalah seramai 1,231," katanya.

Sementara itu, katanya Kedutaan Filipina, Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Kuala Lumpur serta Konsulat Jenderal Indonesia, Kuching telah memberikan komitmen untuk membantu dan mengeluarkan pasport atau dokumen perjalanan kepada warga mereka yang berdaftar sebagai PATI di Sarawak

"Saya difahamkan Konsulat Jenderal Indonesia telah mengeluarkan lebih 7,000 pasport dan dokumen perjalanan kepada rakyatnya dalam program ini manakala Kedutaan Filipina telah melantik tiga orang wakil mereka di Sarawak untuk tujuan ini," katanya.



-- BERNAMA

 

 

 
 
 
 
 
 

 
 

Johor Marine Police Foil Attempt To Smuggle Out Illegal Immigrants

JOHOR BAHARU, April 9 (Bernama) -- Johor Marine Operations Force succeeded in crippling an attempt to smuggle out 14 illegal Indonesian immigrants in an operation in Pantai Ladang Kurnia, Kota Tinggi at early today

 
---------------------------------------------------------------------------

No More Extension To Legalisation Process - Hisham

KUALA LUMPUR, April 5 (Bernama) - The government has no plans to extend the legalisation process for the 6P programme which ends on April 10 after it was extended twice.

 
---------------------------------------------------------------------------

Maid Agency Owner Gets Six Years For Trafficking Two Filipino Women

KUALA LUMPUR, March 30 (Bernama) -- The Sessions Court today sentenced the owner of a maid agency to a total of six years jail after finding him guilty on two counts of trafficking two Filipino women four years ago.

 
---------------------------------------------------------------------------

977 Victims Of Human Trafficking Rescued From 2008 Till Now

KUALA TERENGGANU, March 29 (Bernama) -- A total of 977 victims of human trafficking were rescued and placed under Protection Order (PO) from 2008 till now.

 
     
 

 
 

 
    © 2014 BERNAMA. All Rights Reserved
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution