Bahasa : BM | EN

JIM Labuan Tahan 10 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Kanak-kanak

13/11/2025 10:51 AM

LABUAN, 13 Nov (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan menahan 10 pendatang tanpa izin termasuk kanak-kanak dalam serbuan di kawasan petempatan di sekitar pulau itu pada 8 Nov lepas.

Pengarah Imigresen Labuan Raymond Entalai berkata dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, sebanyak sembilan warga Filipina terdiri daripada empat lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak serta seorang rakyat Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua mereka yang berumur antara lima hingga 50 tahun didapati melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada Bernama hari ini.

Raymond berkata mereka dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Labuan untuk siasatan lanjut dan dokumentasi sebelum dihantar pulang.

Beliau berkata JIM Labuan akan terus menjalankan operasi serupa dari semasa ke semasa untuk membendung kehadiran pendatang tanpa izin serta memberikan amaran kepada tuan tanah dan majikan yang didapati melindungi dan mengupah imigran ini boleh dikenakan tindakan tegas.

"JIM Labuan komited untuk memastikan semua warga asing yang menetap atau bekerja di sini mematuhi undang-undang imigresen sepenuhnya," katanya.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami