Bahasa : BM | EN

Imigresen Selangor tahan 22 warga asing termasuk dua kanak-kanak

16/09/2021 01:20 PM

SHAH ALAM, 16 Sept -- Jabatan Imigresen Selangor menahan 22 warga asing termasuk dua kanak-kanak lelaki warga Indonesia dalam operasi kira-kira enam jam yang dijalankan di beberapa premis kediaman di daerah itu, malam semalam.

Pengarah Imigresen Selangor Mohamad Shukri Nawi berkata hasil operasi yang berakhir pada pukul 5 pagi itu, kesemua 22 tahanan warga asing berusia antara dua hingga  47 tahun yang terdiri daripada 18 warga Indonesia termasuk lima wanita dan empat lelaki warga Pakistan.

Mohamad Shukri berkata hasil pemeriksaan juga mendapati kesemua mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit yang sah dan Seksyen 15 (1) (c) akta yang sama iaitu tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

"Kesemua tahanan telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Imigresen Selangor bagi siasatan lanjut dan seterusnya akan ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Semenyih.

“Kesemua yang ditahan juga dibawa ke klinik kesihatan bagi menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum di tempatkan di depot tahanan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam operasi yang disertai 11 pegawai dan anggota bahagian penguat kuasa itu, pihaknya mendapati terdapat cubaan seorang lelaki Indonesia telah bersembunyi di dalam almari baju bagi mengelak ditahan.

"Sebelum itu, isterinya yang juga warga Indonesia yang tinggal bersama seorang anak cuba memberi helah bahawa suaminya berada di Johor kerana bekerja," katanya.

Mohamad Shukri berkata Jabatan Imigresen akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik rumah sewa atau pelindung kepada pendatang tanpa izin dan sekiranya terbukti bersalah, individu berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk didakwa di mahkamah.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami