Bahasa : BM | EN

Imigresen NS tahan 31 pendatang asing

25/07/2021 04:50 PM

SEREMBAN, 25 Julai  -- Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 31 pendatang asing tanpa izin dalam satu operasi di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di kawasan perindustrian Senawang, dekat sini, semalam.

Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkata, mereka yang ditahan dalam operasi yang bermula pukul 2.50 petang terdiri daripada 30 warga Bangladesh dan seorang dari India disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan sah.

Beliau berkata ketika serbuan yang dijalankan oleh JIMNS bersama polis, Majlis Keselamatan Negara dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) mendapati, kilang itu memiliki seramai 245 pekerja warga asing antaranya Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

“Kesemua mereka ditahan di Depot Imigresen Lenggeng atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 bagi tujuan siasatan dan pendakwaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat mengenai pendatang asing tanpa izin ini supaya tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan.

-- BERNAMA

 

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami