Bahasa : BM | EN

Seramai 1,725 pendatang Filipina diusir dari Sabah sejak Januari

22/05/2021 12:24 PM

SANDAKAN, 22 Mei -- Seramai 1,725 pendatang warga Filipina diusir secara berperingkat   melalui Pelabuhan Sandakan dekat sini, sejak awal tahun ini.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata program penghantaran pulang itu dilaksanakan dalam tiga siri sejak Januari.

"Semua pendatang Filipina tersebut telah ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Papar sejak tahun lepas (2020) dan mereka dihantar pulang melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga, Filipina.

"Kesemua pendatang yang ditahan telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan telah menjalani hukuman mengikut perundangan negara untuk diusir keluar dari Sabah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Sade berkata program penghantaran pulang itu turut melaksanakan proses tapisan kesihatan yang ketat, termasuk ujian saringan COVID-19 terhadap pendatang bagi suatu tempoh yang ditetapkan bagi memastikan tidak wujud penularan jangkitan pandemik itu terhadap pendatang sebelum dihantar pulang.

Katanya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah turut mendapat kerjasama Kedutaan Filipina bagi pelaksanaan siri ketiga program penghantaran pulang pendatang warga negara itu semalam melibatkan seramai 496 orang.

Mohamad Sade turut mengingatkan warga asing yang hendak memasuki Sabah agar mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan mendapat kebenaran untuk masuk ke negeri ini.

Katanya, semua badan penguat kuasa di Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang tidak mematuhi peraturan di negara ini.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami