Bahasa : BM | EN

Timbalan KM Sarawak mahu tembok , pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia

19/01/2021 11:48 PM

KUCHING, 19 Jan --  Timbalan Ketua Menteri II Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing   mahu  tembok ataupun pagar dibina di kawasan-kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing ke negeri ini. 

Beliau berkata Sarawak juga mencadangkan supaya sebuah lebuh raya sepanjang 1,032km di sempadan dibina dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Biawak di selatan negeri ini  sehingga  ke Lawas, daerah paling utara yang dianggarkan menelan kos RM24 bilion.

“Mengenai pembinaan tembok dan pagar, Sarawak memerlukan bantuan Putrajaya (Kerajaan Persekutuan).  Lagipun kami bukan hanya melindungi kawasan Sarawak tetapi Malaysia juga,” katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada Bernama.

Beliau berkata dalam lawatannya ke Telok Melano baru-baru ini, satu kawasan sempadan di hujung selatan Sarawak, beliau dapat melihat sebuah kampung, sebatang jalan di bina Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan satu jalan tikus berhampiran sempadan. 

“Tidak kurang daripada 70 laluan sedemikian dari Telok Melano ke Lawas.  Ia adalah satu cabaran bagi kami,” katanya.

-- BERNAMA

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami