Bahasa : BM | EN

Op Noda: Lapan wanita warga asing ditahan di Puchong

11/11/2020 10:16 AM

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Menggunakan aplikasi WhatsApp bagi mempromosi dan mencari pelanggan dalam kalangan kenalan sahaja.

Itu taktik digunakan dua lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti pelacuran dengan menawarkan khidmat wanita warga asing di sebuah premis di Bandar Puteri, Puchong.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata kegiatan itu terbongkar dalam serbuan Op Noda di premis berkenaan pada pukul 8 malam tadi susulan penahanan lelaki berumur 34 dan 50 tahun itu. 

Katanya, turut ditahan lapan wanita berumur 24 hingga 36 tahun terdiri daripada empat wanita Thailand, dua wanita Indonesia dan dua lagi warga Vietnam.

“Semua wanita ini disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran yang aktif dijalankan di premis tiga tingkat itu. Polis turut merampas beberapa telefon bimbit, kondom serta tuala mandi dalam serbuan itu," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan. 

Katanya, pelanggan akan dikenakan bayaran sehingga RM200 bagi setiap khidmat seks yang ditawarkan.

Razali berkata semakan mendapati premis berkenaan beroperasi kurang daripada sebulan tetapi mampu meraih keuntungan ribuan ringgit hasil daripada kegiatan itu.

“Wanita berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah manakala siasatan terhadap dua penjaga premis warga tempatan mengikut Seksyen 55B akta yang sama kerana menggaji warga asing tanpa permit,” katanya. 

Selain itu, menurutnya siasatan lanjut ke atas premis berkenaan juga didapati tidak mempunyai sebarang lesen untuk beroperasi.

Justeru, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk melakukan pemotongan bekalan elektrik dan api di premis itu kerana beroperasi secara haram.

-- BERNAMA

 

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami